I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 25, 2010

SPSS...masihkah anda ingat?




Assalamualaikum kawan-kawan semua?

apa khabar semua? saya harap semua dalam keadaan sihat walafiat yer…
tubuh badan dan pancaindera yang lain merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita, jadi kita wajib menjaganya dengan baik.

dalam kelam kabut menyiapkan assignment ni, ingin saya coretkan sedikit panduan kepada kawan-kawan yang masih lagi bingung tentang apa yang dah kita pelajari…atau mungkin ada yang dah tak ingat dah.

SPSS…

kita dah belajar banyak perkara tapi adakah kita dapat kita ingat semuanya? jadi saya akan bagi maklumat bagaimana ingin menghasilkan spss…

1.jika laptop anda sudah ada window spss, anda boleh terus buka window tu untuk memulakan kerja anda.tapi jika belum ada, pandai2 lah install dulu ye…

2.bila dah install dan dapat bukak, pergi kat variable view...kat situ anda boleh terus menaip pada setiap kolum.jika anda ingin membuat kaji selidik…pada kolum pertama iaitu kolum ‘name’, anda boleh tulis perkara yang ingin anda tanya.kolum type, anda tidak perlu ubah ‘numeric’.kolum width juga tidak perlu diubah.kolum decimals anda boleh memilih 2/1/0 untuk memastikan kaji selidik anda lebih senang dibaca dan jelas.seterusnya kolum ‘label’, anda perlu menaip semula pengkhususan kepada perkara atau soalan anda.bagi kolum ‘missing’, anda tidak perlu mengisi apa2 jika semua kaji selidik yang anda lakukan itu ditanda penuh,namun jika kaji selidik yang anda lakukan tidak ditanda penuh oleh peserta, maka anda perlu menanda soalan yang tidak dijawab itu.bagi ‘columns’ pula, anda boleh mengubah sama ada kolum yang kecil atau yang besar dari turutan 8 hinggalah 2.kolum ‘aligns’ tidak perlu diubah.bagi kolum measure pula anda perlu memilih sama ada maklumat yang anda isi itu meggunakan nombor,pilihan ataupun hanya satu perkataan sahaja.save.

setelah anda selesai mengisi semua maklumat itu tadi, anda harus klik pada ‘data view’ untuk mengisi jawapan kaji selidik yang telah dilakukan.setelah selesai mengisi semua jawapan itu, anda perlu save kannya.

kemudian, untuk melakukan analisis anda perlu klik dekat ‘analyze’ – descriptive frequencies- descriptive.kemudian, pastikan semua maklumat yang akan dianalisis ‘dipilih dan diletakkan ke kotak sebelah kanan’, kemudian klik pada ‘charts’. anda boleh memilih sama ada mahu analisis dalam bentuk pie chart, bar chart ataupun histogram.pilih salah satu.kemudian klik pada mean,max dan atd..lepas tu continue.selepas itu pilih percentage untuk memudahkan anda melihat peratus keputusan. apabila semua sudah siap,sila tekan ok. selepas itu anda boleh melihat hasil anlisis tadi.

untuk membuat laporan berkaitan kajian tersebut, anda perlu buka window microsoft office dan copy satu persatu atau sekaligus hasil analisis tadi untuk dijadikan bukti dan panduan, kemudian anda boleh terus menganalisis dan menganalisis…siap…itu sahaja,kalau ada yang tersalah harap maaf dan ampun.

semua yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri…sekian, terima kasih, selamat mencuba ya.

No comments:

Post a Comment