SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"(QS.At-Tahrim(66):6)
Saturday, September 25, 2010
SIAPAKAH KITA???
Pernahkah Anda Menyampaikan Ajaran Islam (Dakwah) Kepada Rakan-Rakan Kita Yang Bukan Islam?
“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga.
Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat.
Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.
Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.
Sebagai muslim, kita tidak boleh memandang mereka dengan perasaan jijik dan berbangga-bangga dengan kelebihan kita yang dilahirkan islam. Ingatlah peristiwa syaitan laknatullah yang enggan sujud kepada Adam ketika diperintahkan Allah, berbangga diri kerana diciptakan dari api. Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.
Kita sampaikan ajaran Islam yang benar agar sekurang-kurangnya mereka dapat faham Islam itu dengan yang betul, bukannya Islam yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh umat islam yang jahil sebagai Islam itu zalim, kejam, mengongkong, Islam yg ini tak boleh itu tak boleh dan sebagainya.
Bagi mereka faham Islam yg sebenar dan jelaskan yang Islam itu indah, mudah dan lagi memudahkan, pun dah cukup. Tapi kalau dengan pemahaman itu membuat hati mereka terbuka kopada Islam, Ahamdulillah!
“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”
(Al-Ankabut:46)
SPSS...masihkah anda ingat?
Assalamualaikum kawan-kawan semua?
apa khabar semua? saya harap semua dalam keadaan sihat walafiat yer…
tubuh badan dan pancaindera yang lain merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita, jadi kita wajib menjaganya dengan baik.
dalam kelam kabut menyiapkan assignment ni, ingin saya coretkan sedikit panduan kepada kawan-kawan yang masih lagi bingung tentang apa yang dah kita pelajari…atau mungkin ada yang dah tak ingat dah.
SPSS…
kita dah belajar banyak perkara tapi adakah kita dapat kita ingat semuanya? jadi saya akan bagi maklumat bagaimana ingin menghasilkan spss…
1.jika laptop anda sudah ada window spss, anda boleh terus buka window tu untuk memulakan kerja anda.tapi jika belum ada, pandai2 lah install dulu ye…
2.bila dah install dan dapat bukak, pergi kat variable view...kat situ anda boleh terus menaip pada setiap kolum.jika anda ingin membuat kaji selidik…pada kolum pertama iaitu kolum ‘name’, anda boleh tulis perkara yang ingin anda tanya.kolum type, anda tidak perlu ubah ‘numeric’.kolum width juga tidak perlu diubah.kolum decimals anda boleh memilih 2/1/0 untuk memastikan kaji selidik anda lebih senang dibaca dan jelas.seterusnya kolum ‘label’, anda perlu menaip semula pengkhususan kepada perkara atau soalan anda.bagi kolum ‘missing’, anda tidak perlu mengisi apa2 jika semua kaji selidik yang anda lakukan itu ditanda penuh,namun jika kaji selidik yang anda lakukan tidak ditanda penuh oleh peserta, maka anda perlu menanda soalan yang tidak dijawab itu.bagi ‘columns’ pula, anda boleh mengubah sama ada kolum yang kecil atau yang besar dari turutan 8 hinggalah 2.kolum ‘aligns’ tidak perlu diubah.bagi kolum measure pula anda perlu memilih sama ada maklumat yang anda isi itu meggunakan nombor,pilihan ataupun hanya satu perkataan sahaja.save.
setelah anda selesai mengisi semua maklumat itu tadi, anda harus klik pada ‘data view’ untuk mengisi jawapan kaji selidik yang telah dilakukan.setelah selesai mengisi semua jawapan itu, anda perlu save kannya.
kemudian, untuk melakukan analisis anda perlu klik dekat ‘analyze’ – descriptive frequencies- descriptive.kemudian, pastikan semua maklumat yang akan dianalisis ‘dipilih dan diletakkan ke kotak sebelah kanan’, kemudian klik pada ‘charts’. anda boleh memilih sama ada mahu analisis dalam bentuk pie chart, bar chart ataupun histogram.pilih salah satu.kemudian klik pada mean,max dan atd..lepas tu continue.selepas itu pilih percentage untuk memudahkan anda melihat peratus keputusan. apabila semua sudah siap,sila tekan ok. selepas itu anda boleh melihat hasil anlisis tadi.
untuk membuat laporan berkaitan kajian tersebut, anda perlu buka window microsoft office dan copy satu persatu atau sekaligus hasil analisis tadi untuk dijadikan bukti dan panduan, kemudian anda boleh terus menganalisis dan menganalisis…siap…itu sahaja,kalau ada yang tersalah harap maaf dan ampun.
semua yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri…sekian, terima kasih, selamat mencuba ya.
Sunday, September 19, 2010
Assalamualaikum w.b.t.
GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
ISU DALAM P&P GURU PIPAQ $ PIBA
Teknologi merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan zaman sekarang kerana semua orang menggunakan alternatif ini untuk melakukan pelbagai urusan seperti perniagaan, pembelajaran, dan urusan-urusan lain.
Dengan adanya teknologi, kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat. walaubagaimanapun, terdapat kesan buruk yang terhasil daripada kecanggihan teknologi ini terutamanya kepada para pelajar. terdapat segelintir pelajar yang terdedah kepada laman web atau site yang tidak 'bersih' seperti laman-laman web lucah(pornography) dan tidak sesuai dengan umur mereka.
Sebagai seorang guru yang mengajar pendidikan islam(PIPAQ $ PIBA), berikan 5 saranan atau cadangan anda untuk mengelakkan semua ini dari terus berlaku dan mempengaruhi para pelajar.
ISU DALAM P&P GURU PIPAQ $ PIBA
Teknologi merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan zaman sekarang kerana semua orang menggunakan alternatif ini untuk melakukan pelbagai urusan seperti perniagaan, pembelajaran, dan urusan-urusan lain.
Dengan adanya teknologi, kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat. walaubagaimanapun, terdapat kesan buruk yang terhasil daripada kecanggihan teknologi ini terutamanya kepada para pelajar. terdapat segelintir pelajar yang terdedah kepada laman web atau site yang tidak 'bersih' seperti laman-laman web lucah(pornography) dan tidak sesuai dengan umur mereka.
Sebagai seorang guru yang mengajar pendidikan islam(PIPAQ $ PIBA), berikan 5 saranan atau cadangan anda untuk mengelakkan semua ini dari terus berlaku dan mempengaruhi para pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)