SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"(QS.At-Tahrim(66):6)
Thursday, October 28, 2010
KISAH BENAR
Asslamualaikum semua...hari ini saya bawakan satu kisah benar seorang wanita yang boleh kita jadikan iktibar dan bukti kepada wanita-wanita di luar sana yang tidak memakai tudung...
mungkin juga kita boleh jadikan kisah ini sebagai teladan kepada diri kita sendiri atau penguat keimanan kita. ceritanya bermula:
Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?""Baguslah kau dah insaf, macam poyo!""Macam baik sangat pakai tudung.""Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung.""Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.
aku di dalam cerita ini ialah:
Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah! - www.iluvislam.com
Dipetik daripada www.iluvislam.com
*Moral of the story : Jadi..jgn kita pandang serong mahupun menghina jika seseorang itu cuba utk berbubah ke jalan Allah..Hebat manakah kita utk menghina orang?terutama org yang ingin berubah kejalan Allah..
Firman Allah "Katakanlah: " Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?". Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." (Surah Ali-'Imraan : 99)..Ahli kitab ialah org2 yg di beri kitab-kitab Allah trmasuk Al-Quran..Bantulah sahabat2 kita yang berusaha utk berubah kejalan Allah..Insya'Allah..
Fikir2kan dan selamat beramal..=) Salam dakwah..
jadi, kawan2...sama-samalah kita mendoakan agar semua wanita ISLAM di luar sana akan sedar tentang kewajipan bertudung dan menutup aurat. sesungguhnya, rambut wanita merupakan mahkota bagi dirinya. jika mahkotanya sudah ditatap oleh kebanyakan lelaki, maka tiada lagi sinaran dari mahkota tersebut..ianya menjadi kusam dan tidak berharga.
SEMOGA MENJADI IKTIBAR KITA SEMUA. INSYAALLAH.
AMIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment