I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 26, 2010

Tugasan teknologi pendidikan

contoh model BBM dalam bilik darjah :






kulit buku yang saya hasilkan :





video-video yang saya cari :

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.

Saturday, September 25, 2010

SIAPAKAH KITA???


Pernahkah Anda Menyampaikan Ajaran Islam (Dakwah) Kepada Rakan-Rakan Kita Yang Bukan Islam?

“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga.

Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat.

Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.

Sebagai muslim, kita tidak boleh memandang mereka dengan perasaan jijik dan berbangga-bangga dengan kelebihan kita yang dilahirkan islam. Ingatlah peristiwa syaitan laknatullah yang enggan sujud kepada Adam ketika diperintahkan Allah, berbangga diri kerana diciptakan dari api. Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.

Kita sampaikan ajaran Islam yang benar agar sekurang-kurangnya mereka dapat faham Islam itu dengan yang betul, bukannya Islam yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh umat islam yang jahil sebagai Islam itu zalim, kejam, mengongkong, Islam yg ini tak boleh itu tak boleh dan sebagainya.

Bagi mereka faham Islam yg sebenar dan jelaskan yang Islam itu indah, mudah dan lagi memudahkan, pun dah cukup. Tapi kalau dengan pemahaman itu membuat hati mereka terbuka kopada Islam, Ahamdulillah!

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

(Al-Ankabut:46)

SPSS...masihkah anda ingat?




Assalamualaikum kawan-kawan semua?

apa khabar semua? saya harap semua dalam keadaan sihat walafiat yer…
tubuh badan dan pancaindera yang lain merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita, jadi kita wajib menjaganya dengan baik.

dalam kelam kabut menyiapkan assignment ni, ingin saya coretkan sedikit panduan kepada kawan-kawan yang masih lagi bingung tentang apa yang dah kita pelajari…atau mungkin ada yang dah tak ingat dah.

SPSS…

kita dah belajar banyak perkara tapi adakah kita dapat kita ingat semuanya? jadi saya akan bagi maklumat bagaimana ingin menghasilkan spss…

1.jika laptop anda sudah ada window spss, anda boleh terus buka window tu untuk memulakan kerja anda.tapi jika belum ada, pandai2 lah install dulu ye…

2.bila dah install dan dapat bukak, pergi kat variable view...kat situ anda boleh terus menaip pada setiap kolum.jika anda ingin membuat kaji selidik…pada kolum pertama iaitu kolum ‘name’, anda boleh tulis perkara yang ingin anda tanya.kolum type, anda tidak perlu ubah ‘numeric’.kolum width juga tidak perlu diubah.kolum decimals anda boleh memilih 2/1/0 untuk memastikan kaji selidik anda lebih senang dibaca dan jelas.seterusnya kolum ‘label’, anda perlu menaip semula pengkhususan kepada perkara atau soalan anda.bagi kolum ‘missing’, anda tidak perlu mengisi apa2 jika semua kaji selidik yang anda lakukan itu ditanda penuh,namun jika kaji selidik yang anda lakukan tidak ditanda penuh oleh peserta, maka anda perlu menanda soalan yang tidak dijawab itu.bagi ‘columns’ pula, anda boleh mengubah sama ada kolum yang kecil atau yang besar dari turutan 8 hinggalah 2.kolum ‘aligns’ tidak perlu diubah.bagi kolum measure pula anda perlu memilih sama ada maklumat yang anda isi itu meggunakan nombor,pilihan ataupun hanya satu perkataan sahaja.save.

setelah anda selesai mengisi semua maklumat itu tadi, anda harus klik pada ‘data view’ untuk mengisi jawapan kaji selidik yang telah dilakukan.setelah selesai mengisi semua jawapan itu, anda perlu save kannya.

kemudian, untuk melakukan analisis anda perlu klik dekat ‘analyze’ – descriptive frequencies- descriptive.kemudian, pastikan semua maklumat yang akan dianalisis ‘dipilih dan diletakkan ke kotak sebelah kanan’, kemudian klik pada ‘charts’. anda boleh memilih sama ada mahu analisis dalam bentuk pie chart, bar chart ataupun histogram.pilih salah satu.kemudian klik pada mean,max dan atd..lepas tu continue.selepas itu pilih percentage untuk memudahkan anda melihat peratus keputusan. apabila semua sudah siap,sila tekan ok. selepas itu anda boleh melihat hasil anlisis tadi.

untuk membuat laporan berkaitan kajian tersebut, anda perlu buka window microsoft office dan copy satu persatu atau sekaligus hasil analisis tadi untuk dijadikan bukti dan panduan, kemudian anda boleh terus menganalisis dan menganalisis…siap…itu sahaja,kalau ada yang tersalah harap maaf dan ampun.

semua yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri…sekian, terima kasih, selamat mencuba ya.

Sunday, September 19, 2010

Assalamualaikum w.b.t.

GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

ISU DALAM P&P GURU PIPAQ $ PIBA

Teknologi merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan zaman sekarang kerana semua orang menggunakan alternatif ini untuk melakukan pelbagai urusan seperti perniagaan, pembelajaran, dan urusan-urusan lain.

Dengan adanya teknologi, kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat. walaubagaimanapun, terdapat kesan buruk yang terhasil daripada kecanggihan teknologi ini terutamanya kepada para pelajar. terdapat segelintir pelajar yang terdedah kepada laman web atau site yang tidak 'bersih' seperti laman-laman web lucah(pornography) dan tidak sesuai dengan umur mereka.

Sebagai seorang guru yang mengajar pendidikan islam(PIPAQ $ PIBA), berikan 5 saranan atau cadangan anda untuk mengelakkan semua ini dari terus berlaku dan mempengaruhi para pelajar.

Tuesday, September 7, 2010

MAKRUH & BATAL SOLAT


Hal-hal Yang Dimakruhkan Dalam Shalat

1. Menengadahkan pandangan ke atas. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Apa yang membuat orang-orang itu mengangkat penglihatan mereka ke langit dalam shalat mereka? Hendaklah mereka berhenti dari hal itu atau (kalau tidak), niscaya akan tersambar penglihatan mereka."
( HR. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya dengan makna yang sama).

2. Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah SAW meletakkan tangan di pinggang ketika shalat. (Muttafaq alaih).

3. Menoleh atau melirik, terkecuali apabila diperlukan. Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah ra. Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang yang menoleh dalam keadaan shalat, beliau menjawab:

"Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari shalat seorang hamba."
(HR. Al-Bukhari dan Abu Daud, lafazh ini dari riwayatnya).

4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia, serta segala yang membuat orang lalai dalam shalatnya atau menghilangkan kekhusyu'an shalatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Hendklah kamu tenang dalam melaksanakan shalat." (HR. Muslim).

5. Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota badan dan tidak boleh melipat baju atau menaikkan rambut (yang terulur)." (Muttafaq alaih).

6. Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari sekali. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW:

"Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW menyebutkan tentang menyapu di masjid (ketika shalat), maksudnya menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila memang harus berbuat begitu, maka hendaklah sekali saja." (HR. Muslim).

"Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya(dengan telapak tangan), beliau bersabda, 'Kalau kamu melakukannya, maka hendaklah sekali saja." (Muttafaq alaih).

7. Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

"Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dalam shalat dan menutup mulut." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).

Adapun jika menutup mulut karena hal seperti menguap ataupun yang lainnya maka hal tersebut dibolehkan sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.

8. Shalat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

9. Shalat sambil menahan buang air kecil atau besar, dan sebagainya yang mengganggu ketenangan hati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan shalat seseorang yang Bmenahan buang air kecil dan besar." (HR. Muslim).

10. Shalat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu ada yang mengantuk dalam keadaan shalat, maka hendaklah ia tidur sampai hilang rasa kantuknya. Maka sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu ada yang shalat dalam keadaan mengantuk, dia tidak akan tahu apa yang ia lakukan, barangkali ia bermaksud minta ampun kepada Allah ternyata dia malah mencerca dirinya sendiri." (Muttafaq alaih).

Hal-hal Yang Membatalkan Shalat

Shalat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:

1. Makan dan minum dengan sengaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya di dalam shalat itu ada kesibukan tertentu." (Muttafaq alaih). Maksudnya orang yang shalat seharusnya hanya berkonsentrasi pada shalatnya saja dan mengesampingkan perbuatan yang lain. (pen.)

2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan pelaksanaan shalat

"Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu shalat, salah seorang dari kami berbicara kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri karena Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang berbicara." (Muttafaq alaih).

Dan juga sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya shalat ini tidak pantas ada di dalamnya percakapan manusia sedikit pun." (HR. Muslim).

Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan shalat, maka hal itu diperbolehkan seperti membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam, atau imam setelah memberi salam kemudian bertanya apakah shalatnya sudah sempurna, apabila ada yang menjawab belum, maka dia harus menyempurnakannya. Hal ini pernah terjadi terhadap Rasulullah SAW, kemudian Dzul Yadain bertanya kepada beliau, 'Apakah Anda lupa ataukah sengaja meng-qashar shalat, wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Aku tidak lupa dan aku pun tidak bermaksud meng-qashar shalat.' Dzul Yadain berkata, 'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah. 'Beliau bersabda, 'Apakah yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? Para sahabat menjawab, 'Benar. ' Maka beliau pun menambah shalatnya dua
rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).

3. Meninggalkan salah satu rukun shalat atau syarat shalat yang telah disebutkan di muka, apabila hal itu tidak ia ganti/sempurnakan di tengah pelaksanaan shalat atau sesudah selesai shalat beberapa saat. Hal ini berdasarkan hadits
Rasulullah SAW terhadap orang yang shalatnya tidak tepat.

"Kembalilah kamu melaksanakan shalat, sesungguhnya kamu belum melaksanakan shalat." (Muttafaq alaih).

Lantaran orang itu telah meninggalkan tuma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk rukun.

4. Banyak melakukan pergerakan, kerana hal itu bertentangan dengan pelaksanaan ibadah dan membuat hati dan anggota tubuh sibuk dengan urusan selain ibadah. Adapun gerakan yang sekadarnya saja, seperti memberi isyarat untuk menjawab salam, membetulkan pakaian, menggaru badan dengan tangan, dan yang sepertinya, maka hal itu tidaklah membatalkan shalat.

5. Tertawa sampai terbahak-bahak. Para ulama sepakat mengenai batalnya shalat yang disebabkan tertawa seperti itu. Adapun tersenyum, maka kebanyakan ulama menganggap bahawa hal itu tidaklah merosakkan shalat seseorang.

6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan shalat, seperti mengerjakan shalat Isya sebelum mengerjakan shalat Maghrib, maka shalat Isya' itu batal sehingga dia shalat Maghrib dulu, kerana berurutan dalam melaksanakan shalat-shalat itu adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan shalat itu.

7. Kelupaan yang fatal, seperti menambah shalat menjadi dua kali, umpamanya shalat Isya' lapan rakaat, kerana perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahawa ia tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan ruhnya shalat.

HORMATILAH AZAN


MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Jadi, bila dengar azan tu, sama-samalah kita mendiamkan diri kita. usai azan, sambunglah balik percakapan anda.
InsyaALLAH, kita dapat mengubahnya.

Monday, September 6, 2010

BERTUAHNYA WANITA




19 Hadis nabi mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah,(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik)itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah,"Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Masya Allah kawan-kawan, betapa besarnya ganjaran pahala yang bakal kita dapat jika kita mempunyai salah satu dari ciri-ciri wanita solehah di atas. semoga kita dapat memperbaiki diri dan sama menjadi wanita solehah dan mengingati sesama kita.
InsyaAllah. Amin.

“Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” - Imam Ahmad bin Hambal